Tuesday, 12 May 2020

TRAVELOG :)

12 Disember 2019 , 8:30 pagi 

     Saya bergerak ke Zoo Johor menaiki kereta Proton Exora bersama keluarga saya iaitu Ayah , Ibu , Kakak , Abang dan Adik saya . Kami bersarapan di dalam kereta kerana bapa saya telah membeli sedikit kuih-muih dari sebuah gerai yang berdekatan dengan rumah kami . Di dalam kereta , saya mengambil keputusan untuk menyambung tidur memandangkan ia masih awal pagi begitu juga dengan adik-beradik saya . Setelah beberapa minit perjalanan , kami berhenti di sebuan kedai makan untuk mengisi perut . Saya , kakak dan ayah makan mihun goreng manakala yang lainnya makan nasi lemak . Harga semua sekali hampir RM30 . Setelah membayar kami meneruskan perjalanan . 

10:05 pagi

     Kami telah sampai di Zoo Johor . Setelah meletakkan kenderaan , kami beratur untuk membeli pas masuk ke zoo . Harga untuk dewasa ialah RM2 manakala kanak-kanak RM1 dan harga keseluruhan yang kami perlu bayar ialah RM11 . Dan ini beberapa gambar suasana di Zoo



gambar sumber Google 


 1:15 tengah hari 

     Kami bergerak ke restoran makanan segera iaitu Dominos Pizza . Kami memesan satu pizza Meatasaurus dan Ultimate Hawaiian serta dua set Roasted Chicken Drummet . Kami makan dengan berselera sekali . Selepas itu kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu WetWorld Batu Pahat . 

3:10 petang 

     Kami sampai di WetWorld Batu Pahat . Kami perlu beratur untuk membeli pas masuk . Harga keseluruhannya ialah RM 118 dan abang saya yang membayarnya kerana dia mahu membelanja kami . Selepas itu , kami perlu menyewa pelampung yang berharga RM20 dan kami menyewa dua pelampung akan tetapi keakitangan di situ menyatakan yang wang tersebut akan dipulangkan jika kami menjaga pelampung itu dengan baik . Kami bermain dengan seronok sekali kerana telah lama kami tidak meluankan masa sekeluarga sebegini . Setelah puas bermain , ibu menyuruh kami membersihkan diri dan bersiap . ketika keluar kami perlu mencabut pas masuk itu . 
gambar sumber Google 

4:45 petang

     Kami bergerak untuk pulang ke rumah akan tetapi kerana kami terlalu lama berendam didalam air , kami semua menjadi lapa , jadi ayah berhenti ke sebuah kedai makan mi racun . Itu pertama kali kami sekeluarga makan mi racun jadi ia menjadi pengalaman yang baharu dalam hidup kami 

 8:00 malam 

     Kami sampai ke rumah dan membersihkan diri serta bersiap untuk solat isya' berjemaah .



JADI TAMATLAH SUDAH TRAVELOG SAYA DISINI , SEMOGA ANDA YANG MEMBACA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA APA YANG SAYA TULISKAN DISINI DAN SEMOGA ANDA SERONOK MEMBACA BLOG SAYA 

18 comments:

  1. walaupun percutian yang agak sekejap tetapi ianya cukup untuk mereka pengalaman terindah bersama keluarga tetapi kurang gambar bersama keluarga .apa-apa pun terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  2. Pengalaman bercuti yang sangat menarik. Cara penulisan blog yang kreatif. Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini!

    ReplyDelete
  3. Tentu seronok percutian awak bersama keluarga! Blog yang sangat menarik sekali dan mempunyai maklumat yabg jelas. Tahniah! ^^

    ReplyDelete
  4. Menarik sekali perkongsian pengalaman percutian saudari! Teruja saya dapat membaca blog saudari. Saya harap saya juga dapat bercuti di sana.

    ReplyDelete
  5. Pengalaman yang amat menarik dan perkongsian yang bermanfaat untuk saya kerana saudari ada menceritakan kemudahan yang ada di sana, terima kasih saudari.

    ReplyDelete
  6. Tentu seronok percutian awak bersama keluarga! Blog yang sangat menarik sekali dan mempunyai maklumat yabg jelas.

    ReplyDelete
  7. Pengalaman yang amat menarik sekali untuk dikongsikan. Walaupun ringkas tetapi banyak info yang menarik di sekitar Johor Bahru Dan Batu Pahat. Penulisan yang kreatif dan gambar yang menarik. Syabas dan terima kasih.😊😊😊

    ReplyDelete
  8. Sudah tentu saudari dan keluarga sangat seronok ketika bermain di Wet World Batu Pahat! Saya harap saudari dan keluarga telah membuat banyak memori yang baharu. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman saudari dengan saya.

    ReplyDelete
  9. Blog yang boleh dikatakan menarik. Walau bagaimanapun, percutian ini mesti menjadi seronok apatah lagi dapat bersama-sama keluarga. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  10. Sungguh menarik sekali tempat yang anda lawati ia juga adalah tempat kegemaran saya untuk lawati. Saya berharap agar dapat Ke sana jika berkesempatan dan terima kasih atas perkongsian yang lengkap dan ringkas ini.

    ReplyDelete
  11. Wah blog yang menarik! Walaupun ringkas, tetapi mudah difahami. Bagus Izani!

    ReplyDelete
  12. blog kamu sangat menarik walaupun ringkas. Gambar makanan yang kamu letak mengeliurkan saya dan membuatkan saya teringin mahu makan di sana.

    ReplyDelete
  13. Menariknya percutian anda. Sudah tentu anda bergembira di sana.Terima kasih kerana sudi bercerita tentang pengalaman anda di sana.

    ReplyDelete
  14. Pelisan blog yang informatif dan menarik

    ReplyDelete
  15. Pelisan blog yang informatif dan menarik

    ReplyDelete
  16. Pengalaman yang amat menarik sekali untuk dikongsikan. Walaupun ringkas tetapi banyak info yang menarik di sekitar Johor Bahru Dan Batu Pahat. Penulisan yang kreatif dan gambar yang menarik. Syabas dan terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Walaupun hanya di dalam negeri sendiri,percutian tetap "onzz".Saya sangat teruja membaca blog kamu.Rasa rindu hendak melawati tempat tempat di Johor Bahri

    ReplyDelete
  18. Penulisan blog yang amat menarik bagi saya

    ReplyDelete