Saya bergerak ke Zoo Johor menaiki kereta Proton Exora bersama keluarga saya iaitu Ayah , Ibu , Kakak , Abang dan Adik saya . Kami bersarapan di dalam kereta kerana bapa saya telah membeli sedikit kuih-muih dari sebuah gerai yang berdekatan dengan rumah kami . Di dalam kereta , saya mengambil keputusan untuk menyambung tidur memandangkan ia masih awal pagi begitu juga dengan adik-beradik saya . Setelah beberapa minit perjalanan , kami berhenti di sebuan kedai makan untuk mengisi perut . Saya , kakak dan ayah makan mihun goreng manakala yang lainnya makan nasi lemak . Harga semua sekali hampir RM30 . Setelah membayar kami meneruskan perjalanan .
10:05 pagi
Kami telah sampai di Zoo Johor . Setelah meletakkan kenderaan , kami beratur untuk membeli pas masuk ke zoo . Harga untuk dewasa ialah RM2 manakala kanak-kanak RM1 dan harga keseluruhan yang kami perlu bayar ialah RM11 . Dan ini beberapa gambar suasana di Zoo
![]() |
| gambar sumber Google |
1:15 tengah hari
Kami bergerak ke restoran makanan segera iaitu Dominos Pizza . Kami memesan satu pizza Meatasaurus dan Ultimate Hawaiian serta dua set Roasted Chicken Drummet . Kami makan dengan berselera sekali . Selepas itu kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu WetWorld Batu Pahat .
3:10 petang
Kami sampai di WetWorld Batu Pahat . Kami perlu beratur untuk membeli pas masuk . Harga keseluruhannya ialah RM 118 dan abang saya yang membayarnya kerana dia mahu membelanja kami . Selepas itu , kami perlu menyewa pelampung yang berharga RM20 dan kami menyewa dua pelampung akan tetapi keakitangan di situ menyatakan yang wang tersebut akan dipulangkan jika kami menjaga pelampung itu dengan baik . Kami bermain dengan seronok sekali kerana telah lama kami tidak meluankan masa sekeluarga sebegini . Setelah puas bermain , ibu menyuruh kami membersihkan diri dan bersiap . ketika keluar kami perlu mencabut pas masuk itu .
![]() |
| gambar sumber Google |
4:45 petang
Kami bergerak untuk pulang ke rumah akan tetapi kerana kami terlalu lama berendam didalam air , kami semua menjadi lapa , jadi ayah berhenti ke sebuah kedai makan mi racun . Itu pertama kali kami sekeluarga makan mi racun jadi ia menjadi pengalaman yang baharu dalam hidup kami
8:00 malam
Kami sampai ke rumah dan membersihkan diri serta bersiap untuk solat isya' berjemaah .
JADI TAMATLAH SUDAH TRAVELOG SAYA DISINI , SEMOGA ANDA YANG MEMBACA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA APA YANG SAYA TULISKAN DISINI DAN SEMOGA ANDA SERONOK MEMBACA BLOG SAYA






walaupun percutian yang agak sekejap tetapi ianya cukup untuk mereka pengalaman terindah bersama keluarga tetapi kurang gambar bersama keluarga .apa-apa pun terima kasih atas perkongsian anda.
ReplyDeletePengalaman bercuti yang sangat menarik. Cara penulisan blog yang kreatif. Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini!
ReplyDeleteTentu seronok percutian awak bersama keluarga! Blog yang sangat menarik sekali dan mempunyai maklumat yabg jelas. Tahniah! ^^
ReplyDeleteMenarik sekali perkongsian pengalaman percutian saudari! Teruja saya dapat membaca blog saudari. Saya harap saya juga dapat bercuti di sana.
ReplyDeletePengalaman yang amat menarik dan perkongsian yang bermanfaat untuk saya kerana saudari ada menceritakan kemudahan yang ada di sana, terima kasih saudari.
ReplyDeleteTentu seronok percutian awak bersama keluarga! Blog yang sangat menarik sekali dan mempunyai maklumat yabg jelas.
ReplyDeletePengalaman yang amat menarik sekali untuk dikongsikan. Walaupun ringkas tetapi banyak info yang menarik di sekitar Johor Bahru Dan Batu Pahat. Penulisan yang kreatif dan gambar yang menarik. Syabas dan terima kasih.😊😊😊
ReplyDeleteSudah tentu saudari dan keluarga sangat seronok ketika bermain di Wet World Batu Pahat! Saya harap saudari dan keluarga telah membuat banyak memori yang baharu. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman saudari dengan saya.
ReplyDeleteBlog yang boleh dikatakan menarik. Walau bagaimanapun, percutian ini mesti menjadi seronok apatah lagi dapat bersama-sama keluarga. Teruskan usaha.
ReplyDeleteSungguh menarik sekali tempat yang anda lawati ia juga adalah tempat kegemaran saya untuk lawati. Saya berharap agar dapat Ke sana jika berkesempatan dan terima kasih atas perkongsian yang lengkap dan ringkas ini.
ReplyDeleteWah blog yang menarik! Walaupun ringkas, tetapi mudah difahami. Bagus Izani!
ReplyDeleteblog kamu sangat menarik walaupun ringkas. Gambar makanan yang kamu letak mengeliurkan saya dan membuatkan saya teringin mahu makan di sana.
ReplyDeleteMenariknya percutian anda. Sudah tentu anda bergembira di sana.Terima kasih kerana sudi bercerita tentang pengalaman anda di sana.
ReplyDeletePelisan blog yang informatif dan menarik
ReplyDeletePelisan blog yang informatif dan menarik
ReplyDeletePengalaman yang amat menarik sekali untuk dikongsikan. Walaupun ringkas tetapi banyak info yang menarik di sekitar Johor Bahru Dan Batu Pahat. Penulisan yang kreatif dan gambar yang menarik. Syabas dan terima kasih.
ReplyDeleteWalaupun hanya di dalam negeri sendiri,percutian tetap "onzz".Saya sangat teruja membaca blog kamu.Rasa rindu hendak melawati tempat tempat di Johor Bahri
ReplyDeletePenulisan blog yang amat menarik bagi saya
ReplyDelete