Tuesday, 12 May 2020

TRAVELOG :)

12 Disember 2019 , 8:30 pagi 

     Saya bergerak ke Zoo Johor menaiki kereta Proton Exora bersama keluarga saya iaitu Ayah , Ibu , Kakak , Abang dan Adik saya . Kami bersarapan di dalam kereta kerana bapa saya telah membeli sedikit kuih-muih dari sebuah gerai yang berdekatan dengan rumah kami . Di dalam kereta , saya mengambil keputusan untuk menyambung tidur memandangkan ia masih awal pagi begitu juga dengan adik-beradik saya . Setelah beberapa minit perjalanan , kami berhenti di sebuan kedai makan untuk mengisi perut . Saya , kakak dan ayah makan mihun goreng manakala yang lainnya makan nasi lemak . Harga semua sekali hampir RM30 . Setelah membayar kami meneruskan perjalanan . 

10:05 pagi

     Kami telah sampai di Zoo Johor . Setelah meletakkan kenderaan , kami beratur untuk membeli pas masuk ke zoo . Harga untuk dewasa ialah RM2 manakala kanak-kanak RM1 dan harga keseluruhan yang kami perlu bayar ialah RM11 . Dan ini beberapa gambar suasana di Zoo



gambar sumber Google 


 1:15 tengah hari 

     Kami bergerak ke restoran makanan segera iaitu Dominos Pizza . Kami memesan satu pizza Meatasaurus dan Ultimate Hawaiian serta dua set Roasted Chicken Drummet . Kami makan dengan berselera sekali . Selepas itu kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu WetWorld Batu Pahat . 

3:10 petang 

     Kami sampai di WetWorld Batu Pahat . Kami perlu beratur untuk membeli pas masuk . Harga keseluruhannya ialah RM 118 dan abang saya yang membayarnya kerana dia mahu membelanja kami . Selepas itu , kami perlu menyewa pelampung yang berharga RM20 dan kami menyewa dua pelampung akan tetapi keakitangan di situ menyatakan yang wang tersebut akan dipulangkan jika kami menjaga pelampung itu dengan baik . Kami bermain dengan seronok sekali kerana telah lama kami tidak meluankan masa sekeluarga sebegini . Setelah puas bermain , ibu menyuruh kami membersihkan diri dan bersiap . ketika keluar kami perlu mencabut pas masuk itu . 
gambar sumber Google 

4:45 petang

     Kami bergerak untuk pulang ke rumah akan tetapi kerana kami terlalu lama berendam didalam air , kami semua menjadi lapa , jadi ayah berhenti ke sebuah kedai makan mi racun . Itu pertama kali kami sekeluarga makan mi racun jadi ia menjadi pengalaman yang baharu dalam hidup kami 

 8:00 malam 

     Kami sampai ke rumah dan membersihkan diri serta bersiap untuk solat isya' berjemaah .



JADI TAMATLAH SUDAH TRAVELOG SAYA DISINI , SEMOGA ANDA YANG MEMBACA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA APA YANG SAYA TULISKAN DISINI DAN SEMOGA ANDA SERONOK MEMBACA BLOG SAYA